Shopping day !

Hi korang , semalam cuti kan ? Cuti apa ? Nuzul Quran :) Korang buat apa kat rumah ? Mesti ramai pergi shopping raya kan ? Nak tahu Nuzul Quran tu apa?

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Dah baca? Good :) Okay,semalam aku pergi shopping dari pagi sampailah ke petangggggggggggg . Penat kay ? Nak tahu aku pergi mana? Mula mula abah cadang nak pergi sogo , but aku tak nak ! Ramai orang lah ! Pastu,kitorang pergilah MIDVALLEY :) Hihi , pergi pukul 8 , then terus singgah semua kedai ada kat situ . Aku pergi NOSE and beli sandal :) Sale murah kay ? Daripada hundred dapat 20 lebih jee weh ! Kena ah beli , pastu singgah MNG , ZARA , RADIOACTIVE, REJECT SHOP , COTTON ON ,  TOPSHOP , ROMP , and banyaklah :) Macam macam beli , habis duit abah , haha :) And aku beli kasut cotton on pastu apple mint and bla bla bla.  Then balik singgahlah Jusco Bukit Tinggi , sebenarnya nak pergi Sunway , tapi aku taknak xD Aku beli baju at Brands Outlet and baju kurung dekat jusco :) Ramai sangatlah orang weh . Pastu ,balik lah dengan keadaan yang sangat penat :( Pastu, balik online and macam macam .

Tu je laaa apa yang aku buat time cuti sekolah . Korang buat apa ? Tidur kat rumah :P Hahaha , Selamat Hari Raya semuaaaaa !